BORNEO CUP TOURNAMENT 2010-PART 1
October last year.. Labuan telah pun menghantar pasukan bawah 18 dan bawah 14 ke pertandingan “ BORNEO CUP TOURNAMENT 2010 ”. Soccerkix Academy Labuan dengan kerjasama SMK Pantai membawa cabaran bendera Labuan di kejohanan bertaraf antarabangsa itu. Serba sedikit makluman mengenai kejohanan ini ialah kejohanan ini dianjurkan oleh Borneo Sports & Adventures Holiday di bawah seliaan dan merangkap pengarah kejohanan iaitu lagenda bolasepak Sabah Scott Ollerenshaw. Ada 7 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori bawah 12, 14, 15, 16, terbuka wanita dan lelaki serta kategori Borneo 7s (veteran). Kejohanan ini diadakan di Kota Kinabalu, Sabah. Manakala pasukan yang bertanding ialah pasukan amatur yang datangnya dari sekitar “australasia” (Australia dan Asia). Objektif kejohanan ini lebih menjurus kepada “sukan melalui pelancongan” disamping untuk mempromosikan sektor pelancongan di Sabah khususnya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk aktiviti riadah bagi peserta yang bertandang ke sini ini kerana bukan sahaja pemain-pemain kelab tersebut sahaja yang datang untuk bertanding malah keluarga dan rakan-rakan mereka juga bertandang ke sini sekaligus memberikan sokongan kepada pasukan mereka semasa pertandingan berlangsung and bagi pemain pula mereka dapat menimba ilmu, skill dan teknik baru daripada pasukan luar daripada Malaysia contohnya seperti kelab amatur dari Australia, South Korea dan Jepun. Kejohanan ini banyak melibatkan pasukan dari Australia, New Zealand, Brunei, Japan, South Korea dan tidak lupa juga dari Malaysia iaitu dari Kuala Lumpur ,Sarawak, W.P Labuan dan negeri Sabah sendiri. Jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Soccerkix Academy Labuan under Coach Saifol and Coach Nizam and give a credit also to Kickalob Football Academy from Sarawak and Borneo Cup Tournament official site for the information.
2010 BORNEO FOOTBALL CUP - FINAL RESULTS
Bermain dengan pasukan luar yang mempunyai aplikasi skill, teknik dan mental yang tinggi menyebabkan pasukan Labuan hanya dapat menduduki tempat ke 8 dari 10 pasukan yang bertanding. Johan bagi pertandingan kali ini dirangkul oleh pasukan dari Australia dibawah bimbingan jurulatih Alan Davidson (ex-player import Liga Malaysia) dan naib johan pasuka dari Jepun iaitu Flap Pride F.C dengan jaringan 3-1. Melihat perlawanan akhir ini bagaikan melihat sama seperti pasukan negara mereka bermain wal hal umur mereka baru menjangkau 14 tahun..It was a great experiences sebenarnya kerana buat pertama kali menyertai kejohanan ini, our “Kixx” sebenarnya mempunyai potensi yang besar jika digilap lagi.Tempat ke 8 bukan lah satu faktor yang besar yang penting our Kixx dapat menggunakan pengalaman ini untuk meningkatkan lagi mutu permain dalam diri mereka sendiri..Secara keseluruhanya Academy sangat berpuas hati dengan pencapaian pasukan dan individual performances bagi setiap pemain. No excuse boys...lots of hard work to do...
Some pictures
Soccerkix Academy Labuan at Likas Stadium
Warm up against SPARTAN FC from KL
O San Middle School from South Korea
Part 2 below
Tiada ulasan:
Catat Ulasan